Sunday 14 April 2013

LEADERSHIP POWER


Orang yang cepat berjaya adalah kerana sifat "Leadership Power" yang ada di dalam diri mereka yang mereka "keluarkan". Antara 10 sifat "Leadership Power" mengikut pengalaman saya adalah:-
1. Bertindak hampir serta-merta
2. Bermatlamat besar dan jelas
3. Mempunyai visi kemanusiaan yang tinggi
4. Berjiwa besar- Tidak mudah berputus asa
5. Bertenaga dan konsisten
6. Sentiasa mahu memperbaiki apa yang dilakukan serta memperbaiki diri
7. Optimis
8. Yakin diri (walau tak yakin sebenarnya) tapi bertindak terus.
9. Pergantungan kepada Tuhan yang kuat
10. Cepat belajar dari kesilapan (Dan mudah mengaku jika silapnya).


Perkongsian dari fanpage:

- AzizanOsman -



Tuesday 2 April 2013

KENAPA PERLU MENYIMPAN EMAS




PENYIMPAN NILAI TERBAIK
Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan
kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yg baik serta kalis
inflasi. Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang
tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai
harta mereka.

KALIS INFLASI
Wang kertas atau disebut ‘wang fiat’ boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan di dunia
dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah
bertindak mencetak wang yang terlalu banyak, tidak seiring dengan perkembangan ekonominya,
mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara tersebut
menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%.




Pada zaman Rasulullah SAW, Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang
bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.
Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada
lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan
melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu
dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.
Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku.
Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu
aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku
lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”



Kesimpulan dari riwayat tersebut menunjukkan harga semasa seekor kambing pada zaman
Rasulullah ialah 1 dinar. Kini harga seekor kambing adalah sekitar RM 700 hingga RM800 manakala
harga emas 1 dinar ketika ini adalah dalam lingkungan RM700 hingga RM800. Ini menunjukkan
emas mengekalkan kuasa belinya sejak zaman berzaman.

Petikan dari Ekatalog GCP.