Sunday 16 June 2013

Sukalah apa yang ada

Tips motivasi - "Dalam hidup ini, kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat. kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripada-NYA".

Monday 20 May 2013

DARI MANA DATANGNYA EMAS???


Soalan 1 : Bagaimana beberapa utas rantai emas ini boleh membeli sebuah rumah? Kalau satu utas ini 999 beratnya 100g, kesemuanya bernilai RM170,800. Beberapa utas ini boleh muat dalam poket sebelah seluar jeans sahaja!!

Pelik bukan?Logam kuning ini, yang tidak berbuah, tidak berbunga, tidak bercambah, bau pun takde, rasa pun tawar tapi harganya MasyaALLAH...mahal banget sih....!! Jawapan kepada soalan di atas boleh dijawab dengan menggunakan alasan ia adalah matawang sejak beribu tahun dahulu, ianya dijadikan pemberian kepada dewa-dewa dan raja-raja, ianya sukar didapati..Mesti masih ramai yang tertanya-tanya..

"Kenapa emas dipilih menjadi asset berharga?"
"Kenapa tidak pilih aluminium ke, batu kerikil ke, iPhone ke, getah sekerap ke?"
"Kenapa? Kenapa emas? Kenapa?

Setelah dikaji dan sekian lama mencari jawapannya, tanyalah kepada pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar pelaburan, bankers, doctor, professor..tiada siapa yang boleh menjawab persoalan:

"Kenapa emas DIPILIH menjadi asset berharga?"

Bagaimana kita hendak jelaskan kewujudan asset emas ini sebagai logam berharga?
Adakah kerana dengan kepercayaan datuk moyang kita merupakan alasan yang kukuh?
Adakah kerana ianya sukar didapati?Tidak mungkin kerana ada banyak lagi logam dalam "periodic table" yang lebih rare seperti Iridium.

Jawapan yang kami jumpa berada di depan mata kita sendiri. Telah diletakkan hijab didepan kita. Kita hanya melihat dengan sebelah mata, mata fizikal tetapi tidak dengan mata hati. Ianya ada dalam jiwa setiap manusia. Ianya telah diprogram dalam akal fikiran manusia sejak Nabi Adam lagi. Sepertimana seorang laki yang telah diprogram untuk tertarik pada kaum wanita.

Kata-kata dibawah dipetik daripada arwah bekas timbalan governer bank pusat, National Bank of Hungary;
"Terdapat lebih kurang 300 pakar ekonomi dunia tidak menyebelahi emas, dan mereka fikir emas hanya satu simbol pemujaan primif. Tetapi malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai dalam emas"-Janos Fekete (1918-2009)

Jadi jika ianya telah diprogram dalam diri kita, bermakna ianya datang semulajadi. Ianya datang dari Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Allah SWT. Tak percaya?Anda tanyalah Sheikh Google apa fungsi emas di dalam dunia ini?
Anda akan temui hampir 90% emas-emas yang pernah dilombong masih lagi duduk didalam peti-peti besi bank, simpanan peribadi dan barang kemas.
Kalau anda seseorang yang curiga, sudah pasti akan bertanya,
"Kalau duduk simpan aja, buat apa penat-penat pergi melombong & mendulang?"

Sudahkah anda nampak apa yang kami cuba sampaikan? Apa fungsi Allah SWT cipta emas didunia ini? Dok sesajer dalam peti besi? Rujuklah didalam Al-Quran. Apabila disebut emas, ianya sudah pasti bersangkut paut dengan ganjaran Allah SWT atau hukuman kerana tidak beramal dengan harta. Atau sebgai perbandingan kejahilan manusia. Didalam Injil dan Taurat ada menyebut perihal yang sama. Kita lihat didalam Al-Quran itu sendiri. Sebahagiannya:

Surah Al-Hajj ayat 23
Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan disitu dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka disitu dari sutera.

Surah Ali Imran ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka:emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan(emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

Surah Ali Imran ayat 14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Ini adalah firman Allah SWT..Bukankah Allah SWT telah berfirman bahawa Al-Quran akan menjelaskan tiap-tiap sesuatu.

Surah Al Nahl ayat 89
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri;dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini(umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

Nampak penjelasannya sekarang? Perlukah dihurai dengan lebih panjang?Bermakna diciptanya manusia, emas ini adalah antara elemen ukuran ibadat manusia, disitu letaknya standard emas.

****************************************

Info ini dibawakan oleh GCP-ur Trusted Brands
Peneraju Emas Mampu Milik Bumiputra Muslim 100%



WANG KERTAS DAN INFLASI


#Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.#

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

Kita selalu cakap macam ini bila beli barang, 'harga barang sekarang dah naik la...klu dulu, rm1, macam2 boleh dapat...sekarang.....bla bla bla...' bila dah baca post ni, boleh la tukar cakap macam ni pulak 

'sekarang nilai wang kita makin jatuh la...nak beli barang yang sama, tapi kena beli dengan nilai mata wang yg tinggi'.. boleh tak macam tu ??? ;)

#kesimpulannya, bukan barang makin mahal, nilai mata wang kertas yang makin jatuh dari tahun ke tahun, tapi kalau emas??... fikir2kan...

Info ini dibawakan oleh GCP-ur Trusted Brands
Peneraju Emas Mampu Milik Bumiputra Muslim 100%

Anda berminat nak tahu lebih lanjut ?
SMS/CALL : 016-8313664
 Masih ragu-ragu dan tidak pasti tentang simpanan,pelaburan dan bisnes emas?


Sunday 14 April 2013

LEADERSHIP POWER


Orang yang cepat berjaya adalah kerana sifat "Leadership Power" yang ada di dalam diri mereka yang mereka "keluarkan". Antara 10 sifat "Leadership Power" mengikut pengalaman saya adalah:-
1. Bertindak hampir serta-merta
2. Bermatlamat besar dan jelas
3. Mempunyai visi kemanusiaan yang tinggi
4. Berjiwa besar- Tidak mudah berputus asa
5. Bertenaga dan konsisten
6. Sentiasa mahu memperbaiki apa yang dilakukan serta memperbaiki diri
7. Optimis
8. Yakin diri (walau tak yakin sebenarnya) tapi bertindak terus.
9. Pergantungan kepada Tuhan yang kuat
10. Cepat belajar dari kesilapan (Dan mudah mengaku jika silapnya).


Perkongsian dari fanpage:

- AzizanOsman -



Tuesday 2 April 2013

KENAPA PERLU MENYIMPAN EMAS




PENYIMPAN NILAI TERBAIK
Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan
kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yg baik serta kalis
inflasi. Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang
tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai
harta mereka.

KALIS INFLASI
Wang kertas atau disebut ‘wang fiat’ boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan di dunia
dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah
bertindak mencetak wang yang terlalu banyak, tidak seiring dengan perkembangan ekonominya,
mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara tersebut
menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%.




Pada zaman Rasulullah SAW, Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang
bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.
Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada
lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan
melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu
dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.
Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku.
Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu
aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku
lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”



Kesimpulan dari riwayat tersebut menunjukkan harga semasa seekor kambing pada zaman
Rasulullah ialah 1 dinar. Kini harga seekor kambing adalah sekitar RM 700 hingga RM800 manakala
harga emas 1 dinar ketika ini adalah dalam lingkungan RM700 hingga RM800. Ini menunjukkan
emas mengekalkan kuasa belinya sejak zaman berzaman.

Petikan dari Ekatalog GCP.


Thursday 7 March 2013

5 tip langkah awal selepas mengenali Emas


Tip no 1 :Dapatkan ilmu dan info

Tambah ilmu dengan cara :

#1 Baca tentang simpanan emas di internet sama ada melalui forum,blog-blog emas dan sertai group perbincangan tentang emas di facebook.Cara ini lebih praktikal dan sesuai untuk mereka yang ada akses internet dan selalu online.


#2 Hadir ke seminar-seminar emas.Biasanya mana-mana seminar emas pasti akan menyampaikan info yang sama dan beza hanyalah pada produk dan sistem syarikat serta servis yang ditawarkan.Tapi pastikan anda hadir ke seminar emas yang menawarkan emas fizikal atau emas metal,bukan emas mental (saham emas,akaun emas,dapat pulangan bulanan).


#3 Sekiranya kedua di atas tidak dapat anda lakukan dan perlukan info secara terus,boleh hubungi mana-mana agen melalui telefon atau buat temujanji untuk berjumpa bagi penerangan lebih lanjut atau belajar secara online melalui chatting dan fb group.



Tip no 2 : Apa info yang harus anda baca sebenarnya?

#1 Pengenalan mengenai emas,termasuk sejarah mengenainya.
#2 Wang kertas vs Emas
#3 Perbezaan di antara wang dan matawang
#4 Hakikat mengenai wang kertas ,riba serta sistem kapitalis
#5 Keistimewaan emas
#6 Sebab -sebab anda perlu menyimpan emas
#7 Kenapa harga emas naik untuk jangka masa panjang
#8 Inflasi dan kesannya kepada kewangan anda untuk jangka masa panjang
#9 Rahsia emas,tip-tip,panduan dan teknik simpanan emas secara selamat yang harus anda tahu
#10Tip elak tertipu dengan skim pelaburan emas,saham emas maya,dan sistem ar rahnu


Tip no 3 :Memilih syarikat

Dah tahu pasal emas,kat mana dan di mana saya nak beli?

Di kedai emas atau syarikat emas?

Kalau syarikat emas,yang mana satu? Banyak syarikat emas sekarang ini.


Jika anda n ak tau tentang sesuatu company,silalah rujuk di web company masing-masing atau baca blog-blog dealer mereka.

Kenapa mesti beli produk GCP ? 
Apa kelebihannya berbanding beli di pasaran biasa.

1.Murah sangat.

Penjimatan berganda.

2. Tiada upah tukang.

Kenapa bayar lebih?

3.Syarikat bumiputra muslim 100%.

Sokong perniagaan orang Islam kita,mereka bayar zakat.

4.Bersistem

Boleh tempah 24 jam 7 hari seminggu dan harga berubah 2 kali sehari.

5.Stok mudah didapati.

Konsep Tempah-Bayar-Tunggu.

6.Calar,bengkok,buka plastik diterima.

Dinilai pada berat dan ketulenan,bukan pada rupanya.

7.Setiap belian disertakan sijil dan resit.

Boleh dipercayai (trusted),jika tidak,anda boleh ambil tindakan.

8.Mempunyai pengedar di seluruh Negara.

Nak jumpa pun boleh untuk membeli by hand dan penerangan lebih lanjut.

9.Kos penghantaran PERCUMA 

Kalau boleh jimat masa,tenaga dan kos,apa lagi yang anda inginkan?

10.Rundingan dan bimbingan PERCUMA

Tak perlu bayar walaupun sebenarnya ianya PRICELESS

dan banyak LAGI!!!




Tip no 4 :Sebelum Menjadi pengedar emas

Jika saya berminat untuk menjadi pengedar,apa tindakan yang harus saya lakukan?

1.Buat sedikit research mengenai company tersebut

- Survey web mereka

- Hubungi agen untuk bertanya kerana melihat pada web sahaja tidak mencukupi

- Agen yang bagus akan menceritakan dengan jujur mengenai company yang disertai dan tidak menjanjikan pulangan yang bukan-bukan atau jaminan keuntungan yang tidak munasabah.Semuanya atas usaha masing-masing.Anda buat,anda dapat.

2. Servis yg ditawarkan

- Kaji apa servis dan apa yang ditawarkan,dan adakah ianya berbaloi untuk anda.Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran yang kebanyakannya anda tak perlukannya pun.Lebih bagus jika ada bantuan dari segi pemasaran yang diakui memakan kos yang tinggi,tapi agak berbaloi untuk pengedar kerana boleh dijadikan marketing tool dan alat untuk “branding” diri sendiri.

3.Pastikan Bersistem

-Pilih syarikat yang ada sistem kerana hanya syarikat seperti ini yang memudahkan urusan pengedar dan boleh pergi jauh

-Perlu ambil tahu bagaimana fungsinya dan apa bagaimana anda boleh manfaatkannya.



4. Kenali Produk 

- Kenali pilihan-pilihan produk yang ditawarkan oleh company dan kaji harga dan spread (susut nilai).Tetapi jika anda berniat untuk menjadi seorang penyimpan,bukan pelabur maka spread tidak begitu penting buat anda.

-Company yang bagus akan menawarkan pelbagai jenis emas fizikal :

i) Barang kemas 916/999 -sesuai untuk jangka masa panjang /pendek.Mudah dipajak di mana-mana

ii)Dinar /gold bar – lebih sesuai untuk jangka masa panjang ,jangka masa pendek pun boleh jika kena cara

iii) Selain emas menawarkan produk perak (silver ) yang semakin mendapat perhatian orang ramai sekarang

p/s: Nasihat saya,kenalpasti matlamat simpanan anda dan simpan dalam semua bentuk kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.



Tip no 5 : Pilih Introducer

Pilihlah orang yang memperkenalkan anda dengan emas dan sesuatu company,tapi jika anda tidak yakin dengan kemampuannya,pilihla orang yang boleh membimbing anda.Banyak yang terjadi,ramai yang tersalah langkah memilih introducer yang tidak membantu,perkara asas contohnya cara nak menempah produk pun tak tahu.

Bagaimana Introducer membantu anda?

1.Memberi penerangan yang jelas kepada anda tentang simpanan/pelaburan/bisnes emas

2.Memberi panduan kepada anda cara-cara untuk membuat tempahan,prosedur syarikat,dan bagaimana anda perlu restock/top up semula stok anda setiap kali berlaku jualan

3.Menerangkan proses jual dan beli dengan pelanggan dan cara ia dilakukan

4.Menyediakan platform untuk anda gunakan supaya boleh berinteraksi secara online dengannya

5.Menyediakan platform untuk anda mengenali dan berhubung dengan ramai peniaga-peniaga emas pelbagai produk di seluruh negara supaya anda mempunyai ‘link’ yang baik untuk menambah ilmu atau membeli/menjual stok.

6.Membantu serba sedikit mengenai marketing (pemasaran)

7.Menggalakkan anda menyebarkan tentang emas,perak,dan kepentingannya.

Tapi,jangan mengharapkan Introducer anda boleh lakukan semua ini tanpa ada kesungguhan dari pihak anda.Apa yang harus anda lakukan jika benar-benar ingin berjaya ialah bertanya..yang kedua bertanya..yang ketiga pun..bertanya.

*******************************
Dibawakan oleh GCP,ur trusted brand

Menjual dan membeli emas baru dan terpakai,memberi RUNDINGAN PERCUMA dan melatih usahawan emas.

Hubungi /sms/whatsapp: 016-8313664 (Norah Tuah) - Agen GCP berdaftar AD4119.

Laman web rasmi :www.gcp.com.my

Tambah info di : http://emasjutawan916.blogspot.com/

                          http://www.facebook.com/pages/Emas-jutawan-916/466910493376801

Thursday 28 February 2013

6 langkah berniaga


Tentang langkah-langkah menceburkan diri ke laut bisnes....

1. Syarikat pertama adalah tempat belajar berniaga. Pilih sektor perkhidmatan. Modalnya kecil. Apabila lingkup, mudah bangun semula. Yang penting pengetahuan dan kesilapan asas berniaga sudah diketahui.

2. Dari awal sudah difikir-fikirkankan bisnes ke-2 yang akan dibuka pada tahun ke-4. Fikirkan bidang-bidang yang melibatkan jual beli. Pelajari bidang-biang itu daripada rakan-rakan yang aktif dalam bidang-bidang tersebut. Mulakan bermentor dengan old-timer.

3. Jalankan bisnes pertama selama 3 - 4 tahun. Kemudian, serahkan bisnes itu kepada orang lain supaya mengurskannya. Dijual pun boleh. Ditutup sahaja pun boleh.

4. Buka bisnes kedua pada tahun ke-4 ataupun ke-5. Pilih bidang trading produk keperluan harian, tetapi jual beli produk keluaran orang lain. Bukan produk yang dibuat sendiri. Dalam fasa ini belajar menjadi pengedar produk-produk itu.

5. Kemudian, belajar trading produk-produk yang premium.

6. Pada tahun ke-10 belajar trading pada peringkat eksport-import.


Petikan dari 'Ainon Business School'.