Tuesday 12 February 2013

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN ( BERANI 2013) – DR AZIZAN OSMAN


Pada 1-4 Februari 2013, saya telah menghadiri IMKK2013 Di Setia City Convention Centre, Setia Alam.  Program tersebut telah dijalankan selama 4 hari bermula dengan pendaftaran pada 1 Februari 2013. Semasa pendaftaran, setiap pendaftar diminta menandatangi boring kehadiran dan diberikan Beg berisi fail dan CD “Seminar hidup luar biasa” dan “alpha brain wave music”.  Setiap pserta jugak diberikan calendar sebagai cenderahati. Saya dimaklumkan seramai 3500 orang yang hadir untuk seminar berkenaaan.



Keesokan harinya, seawal  6.30 pagi saya bertolak ke Setia Alam. Saya tinggal di Bangi dan perjalannan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah, program tersebut dibuat pada hari cuti. Oleh itu kesesakan jalan raya tidak teruk sangat. Jam 8.30 pagi semua peserta diminta masuk ke dalam Dewan. Pengalaman yang menakjubkan sebab begitu ramai kaum melayu yang menghadirinya. Ini menunjukkan tahap kesedaran kaum melayu sudah bermula untuk mengubah minda mencari kekayaan dan berjaya hidup dunia dan akhirat. Mujurlah Dr Azizan Osman sudi untuk memberikan ilmu kekayaan dan kejayaan walaupun beliau merupakan multi-millionaire yang pastinya sangat sibuk dengan jadual beliau yang padat. Saya amat mengagumi beliau kerana mempunyai pengalam yang perit sebelum menjadi jutawan dan telah bangun dengan pantas didalam mengejar kekayaan tanpa menoleh ke belakang lagi. Saya amat suka prinsip beliau dimana “ Untuk menjadi jutawan kita hendaklah memasang niat untuk membantu orang-orang yang memerlukan disekeliling kita”. 


Setiap hari program akan berakhir kira – kira jam 11 malam. Di sepanjang seminar ini berjalan kami didedahkan dengan pelbagai ilmu seperti The power of human psychology, the power of persistence, feel good statement programming  dan macam-macam lagi. Semua pengisiannya best..namun ada satu sesi yang sangat menarik iaitu The power of money magnet (wow sy tak pernah rasa sehebat ini). Di hari terkahir kursus, kami diminta untuk menyenaraikan 101 impian yang dikongsikan di IMKK FB group.  Alhamdulillah, seminar ini telah banyak membantu saya untuk menajdi lebih kaya dan Berjaya dunia akhirat. TERIMA KASIH DR. AZIZAN.


No comments:

Post a Comment