ILMU EMAS


UMAT ISLAM MESTI KAYA !!!!!


Umat Islam Mesti Kaya dan kekayaan itu digunakan utk jalan Allah.

Dalam Al-quran dan Hadis ada beberapa ayat tentang kekayaan.


“Apa sahaja harta rampasan perang yg diberikan Allah kpd Rasulnya yg berasal dari penduduk-penduduk kota, adalah utk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan org kaya sahaja diantara kamu” (Surah Al-Hasyr Ayat 7)



“manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. (Surah Al-Fajr, ayat 15)


Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr Ayat 16)


Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-quran seperti yg tertera pada surah al-baqarah ayat 80 dan 212, surah az-zariyat ayat 58, surah hud ayat 6 dan surah al-mulk ayat 15


Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah”


seterusnya terdapat tujuh ayat yg mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut  32 kali.


Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:

 “ Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan,kecukupan, dan KEKAYAAN.”

 (Hadis Riwayat Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ibn Masud)


Dalam doa yang lain pula:

“Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.”

(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)


Sabda Rasulullah lagi:

“Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.”

(Hadis riwayat Ad-Dailani)


Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:

“wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.”

(Hadis riwayat Ahmad)


Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi nabi wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.


Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?

Bagaimana mahu menunaikan haji jika tidak kaya?

Bagaimana mahu bersedekah kpd anak yatim dan fakir miskin jika tidak kaya?


Petikan dari hasil Nukilan:-

Shamsul Anuar Bin Md Ali

Pemilik / Pengarah Urusan Goldcrest Pavilion sdn bhd


UKURAN EMAS


Unit Timbangan Lama:

1 Kati = 600 gram

1 Tahil = 37.8 gram

1 Pikul = 60.48 kg

1 Mayam = 3.37 gram

1 Rial = 2.7 gram

1 Kupang = 0.64 gram

1 Amas = 2.551 gram

1 Suku = 0.8425 gram

1 Busak = 0.337 gram

1 Paun = 453.6 gram



Jenis Ketulenan Emas Lama:

999 - 24K - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas

950 - 23K - Emas Kelantan / Emas 9 1/2

916 - 22K - Emas Singapura

900 - 21.6K - Emas Sembilan

875 - 21K - Tiada nama lain dapat dicari

835 - 20K - Tiada nama lain dapat dicari

800 - 19K - Emas Paun

750 - 18K - Tiada nama lain dapat dicari

585 - 14K - Tiada nama lain dapat dicari

373 - 9K – Suasa





7 SEBAB RUGI DENGAN EMAS


Sebab no 1



Beli emas tanpa ilmu



-Main ikut -ikut orang.Orang beli emas,kita sibuk beli emas,tapi kita tak tau sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.

-Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik (masa beli tinggi,masa jual harga rendah)


Sebab no 2

Join skim pelaburan emas

-Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen,dapat hibah dan sebagainya.Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa sempat buat kajian mendalam.

-Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuk”.Last2 masuk banyak,keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat

Tahukah anda,berapa banyak keluarga yang berpecah belah,rumahtangga yang retak dan persahabatan yang terputus akibat dari menyertai skim ponzi ini..

Back to basic,biar lambat,asalkan selamat..
ramai yang tak sabar bila simpan emas fizikal yang kononnya tak nampak hasil,tapi dengan ilmu,sebenarnya,banyak keuntungan yang diperolehi..

SEBAB no 3

Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

-Emas bukan barang kawalan,harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa.Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga.So,pilihla yang murah dan berbaloi dengan servis yang ditawarkan.

-Lebih murah,lebih gram yang anda dapat.Tapi kalau murah,pastikan kira sekali kos tersembunyi contohnya kos minyak,postage ,masa dan tenaga yang dihabiskan.

Sebagai contoh,company macam GCP menawarkn harga murah di samping penghantaran percuma ke seluruh negara dengan jaminan dan pelbagai keistimewaan lagi


SEBAB no 4

Simpan dalam akaun simpanan emas




Kata seorang pengedar :

- Saya terpaksa menjawab dengan sabar bila ada yang bertanya “kenapa emas bank *** lagi murah dari emas yang puan jual? Saya pun bertanya “ada ke emasnya,dia ada tunjuk?Setahu saya hanya ada satu je yang patuh syariah tapi cawangan ada 3 je,nak beli pun susah.

Ini pula pendapat rakan saya bekas pekerja bank :

- Bank Merah/Bank Kuning menjual emas kertas jauh lebih murah dari emas fizikal kerana meraka sebenarnya tidak mempunyai emas fizikal langsung di dalam peti simpanan mereka. Cost yang diperlukan mereka adalah cost untuk mencetak kertas sahaja. Sebab itu mereka mampu menjual emas kertas dengan amat murah. Anda sendiri pun mampu membuat jual-beli emas kertas, walaupun anda tidak mempunyai 1 gram emas sekalipun.

- Tak percaya? Cuba pergi ke Bank Merah/Bank Kuning dan beli emas kertas mereka. Dan seminggu kemudian datang balik dan cakap “Boleh tak saya nak tukarkan gold account ini kepada emas sebenar?”. Mereka akan cakap tidak boleh, kerana anda hanya mempunyai ‘gold account’ sahaja dan tidak langsung mempunyai gold fizikal. Setelah pujuk rayu dibuat ke atas pihak atasan, mereka mengalah, kemungkinan sebulan baru anda akan dapat emas fizikal anda. SEBULAN untuk anda seorang. Apa akan terjadi sekiranya Bank-Bank ini ditimpa masalah?

-Mesti ramai yang akan kata, “mustahil lah bank-bank besar macam Bank Kuning/Bank Merah ini boleh bankrupt”. Bank-bank itu hanya besar di dalam Malaysia, cuba bandingkan negara Malaysia ini dengan peta dunia, besar mana pon Malaysia kita? Sebagai contoh, Lehman Brothers Holdings Inc ($600 billion in assets) merupakan antara bank terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1850 lagi telah jatuh bankrupt pada 2008. Dan di ikuti hampir 30 bank-bank terbesar dunia telah ditutup. Dan anda rasa Bank di negara kita sangat kuat? Fikir berkali-kali.

- Kalau Bank Kuning/Merah jatuh bankrupt, anda rasa anda dapat EMAS anda?
PIDM akan cover? Mereka hanya cover cerita sahaja. Be wise.

BUY PHYSICAL GOLD! NOT PAPER GOLD. PAPER GOLD = PAPER TOILET.



SEBAB no 5

Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas


Menjual emas tanpa sebab yang kukuh.

Juallah emas bila :
-nak berbisnes (perlu modal)
-beli rumah
-beli tanah
-terdesak (pilihan lain,boleh pajak jika mampu tebus)

Lagi satu ramai yang suka trade in,sebenarnya rugi.

Dari nak menambah simpanan emas,tapi semakin berkurangan pula.
Ramai juga yang asal harga tinggi je jual,sedangkan dia tak perlu jual pun.Simpan lebih lama,dan jual bila perlu sahaja.

Anda akan rugi kalau tak simpan lebih 5-10 tahun dan jual sebelum harga emas naik berbanding harga yang anda beli.


Sebab no.6


Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah



Ar rahnu hanyalah tempat untuk anda pajak bila perlu.Bukan untuk jalankan :

-sistem 30:70
-manipulasi untuk tambah emas tanpa terkawal
-pajak berulang kali

Gunakanlah kemudahan ar rahnu untuk keperluan dan modal bisnes,bukan untuk perkara di atas.

Tip :Sebaiknya beli emas dalam bentuk barang kemas untuk tujuan pajak bila perlu,dinar dan gold bar hanya diterima di beberapa tempat,jadi sesuai disimpan untuk jangka masa panjang.


Sebab no 7 

Beli emas sadur /palsu

Memang trend ada orang suka emas Z*****.Adakah anda hanya suka berhias semata-mata?Tak nak ke sambil melawa sambil dapat menyimpan aset?

Dengan beli barang kemas diperbuat dari emas tulen,anda bukan sahaja dapat melawa,tapi dapat tambah aset,2 dalam 1.

Mudah bukan?

Emas sadur pun boleh tahan mahal,baik beli barang kemas tulen,harganya makin naik,emas sadur,kat mana boleh jual?

Lagi satu,anda boleh rugi kalau terbeli emas palsu.Macam mana nak check ketulenan emas,pastikan anda dapat resit dari pembeli,dan check di mana-mana ar rahnu atau kedai emas jika ragu-ragu.Nak check sendiri pun boleh jika tahu caranya.


No comments:

Post a Comment