Thursday 14 February 2013

Kelas Advance Emas T3


KELAS ADVANCE EMAS T3

Pada 9 Februari saya menghadiri kursu T3 (Tutorial, Training, technique). Kelas ini dianjurkan oleh kumpulan emas corp GCP di HQ GCP Nilai. Bermula jam 10 pagi , En jasni (salah seorang pengedar GCP) telah memberikan beberapa input berkenaan emas. Seperti asas emas, 5 langkah gols system “Less cost”, Timing mudah jual beli emas, 3 kaedah menjana keuntungan dan lain lain lagi. 


Pada jam 1 tengahari, kami diberi tutorial berkenaan penggunaan peralatan mengesan ketulinan emas dan kaedah mencerahkan emas terpakai yang dibeli. Kami dedahkan dengan kaedah bagaimana rantai emas yang kurang padat dan padat dapat mempengaruhi bacaan jenis emas berkenaan.



Pada jam 2.30 petang En Ikram Adi (penceramah terkenal berkaitan silver) telah memulakan ceramah berkaitan pelaburan silver . Beliau menyarankan supaya kita membeli silver kerana ianya dapat member pulangan yang tinggi dalam jangkamasa panjang. beliau menerngkan konsep gold silver ration yang dikatakan boleh menurun sehingga 16 ( 1auns emas = 16 auns silver).


No comments:

Post a Comment